Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Khai Bahar Akui Jadi Duta Produk Syarikat Terbabit Dengan Sindiket Penyeludupan Dadah

 


Penyanyi popular, Khai Bahar mengakui dilantik sebagai duta produk sebuah syarikat yang mana pemiliknya ditahan dalam dua serbuan di sekitar Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor selepas disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan dadah methamphetamine rentas negara, baru-baru ini.

Khai berkata, dia pertama kali berjumpa dengan individu yang menggunakan gelaran Datuk Seri itu pada sesi menandatangi kontrak pada September lalu.

"Apa yang dilaporkan sebelum ini saya menang tidak tahu apa-apa. Saya hanya jalankan tanggungjawab sebagai duta. Itu pun kerja tak mula lagi. Baru pembayaran awal diterima.

"Secara peribadi saya tidak terkesan sangat sebab hanya dilantik menjadi duta. Cuma, apabila terjadi isu sebegini ada peguam yang uruskan. Lagipun perkara ini pertama kali terjadi pada saya. Ingin dijelaskan, saya tidak ada kaitan dengan individu berkenaan. Saya pun baru sekali jumpa dan kenal di situ," katanya.

Dalam masa sama, Khai tidak kisah mengenai gambar yang disebarkan yang memaparkan dirinya dengan individu terbabit. 

"Mengenai penyebaran gambar itu, saya tak kisah sebab saya memang ada bergambar dengan dia dan ramai lagi orang di majlis itu. Selepas ini saya dan pengurus perlu lebih berhati-hati dan teliti mengenai sesebuah syarikat yang ingin melantik menjadi duta," katanya.


Sumber : Harian Metro

loading...