- Get link
- X
- Other Apps
Sseorang suami menghadiahkan sebuah reban ayam sempena ulang tahun kelahiran isterinya kerana tidak boleh ke mana-mana sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini, kisah suami tersebut tular di laman sosial
Mohd Nazri Ismail berkata, pada tahun ini dia mahu memberi kelainan dan turut membuat kek sendiri sempena hari lahir isterinya, Rashidah A Rahman.
Menurut Mohd Nazri, dia tinggal di Felda Sungai Koyan Dua, Raub Pahang, kedudukan rumahnya agak jauh dari bandar.
"Nak beli hadiah lain memang tak boleh kerana PKP. Kami duduk kampung jauh nak pergi ke bandar. Lagi pun tak boleh keluar.
"Jadi saya cadang buat reban ayam baru untuk isteri. Lagipun dia suka bela binatang macam ayam, puyuh dan itik. Maka tahun ini, hadiah hari lahir lebih unik dari tahun sebelumnya," katanya kepada Sinar Harian.
Istimewanya, kisah pasangan ini menarik perhatian ramai termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Zulkifli juga menyifatkan kesungguhan si suami menzahirkan kasih itulah hadiah yang paling berharga dan mendoakan pasangan ini berbahagia hingga ke syurga.
Mohd Nazri yang bertugas di kapal dagang berpangkalan di Dubai berkata, dia tidak berasa kekok untuk memasak kerana ketika berada di atas kapal, sudah biasa berbuat sedemikian.
"Saya tak pandai sangat masak tapi saya minat. Saya kerja di kapal, jadi kekadang di atas kapal masak sendiri, dari situ saya belajar.
"Lagipun ketika ini isteri mengalami keguguran dan pastinya di saat getir ini saya perlu menggalas tugas memasak untuk isteri termasuk dua orang anak," ujarnya.
Selain dari memasak, sepanjang aktiviti PKP, Mohd Nazri jugaberkebun dan membawa bapa mentua ke klinik kesihatan untuk menjalani rawatan dialisis.
Menurut Mohd Nazri, dia sepatutnya berada di Cairo atas tuntutan kerja bagaimanapun pada hematnya keluarga lebih penting semasa PKP dan rezeki boleh dicari.
Sumber: Sinar Harian
loading...