Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Bekas Suami Lufya Lapor Polis Demi Imej


Suami pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum membuat laporan polis terhadap isterinya atas dakwaan melemparkan tuduhan yang disifatkan keterlaluan dan boleh mencalarkan imej serta reputasinya sebagai penjawat awam.
Dr Che Muhammad Hafiz, 29, berkata, semua tuduhan yang dibuat isterinya adalah tidak benar dan laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, minggu lalu itu bertujuan menjaga nama baik dan keluarga agar tidak terus tercemar.
“Saya menafikan semua tuduhan yang dibuat Lufya. Saya sudah membuat laporan polis dengan menyertakan bukti kukuh. Tuduhan yang dibuatnya itu sangat keterlaluan. Saya mahu membersihkan nama dan imej saya sebagai seorang doktor.
“Saya juga kasihan kepada keluarga kerana mereka tidak bersalah,” katanya kepada BH Online.
Mahu bersikap rasional dalam menyelesaikan konflik rumah tangganya itu, Dr Che Muhammad Hafiz bagaimanapun lebih selesa mengunci mulut. Dia enggan mengulas lanjut apa yang berlaku kerana ia masih dalam siasatan polis.
“Memandangkan kes ini sudah di bawa ke pengetahuan pihak berkuasa, jadi biarlah mereka yang buat siasatan. Kita tunggu sahaja keputusannya nanti.
“Saya mahu perkara ini diselesaikan mengikut saluran yang betul. Jika perlu ke mahkamah, saya akan pergi. Saya juga memohon kepada warganet mendoakan yang baik-baik supaya kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik," katanya.
Konflik rumah tangga bekas peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) itu timbul selepas dia mendakwa dianiaya suami, apabila lelaki itu dikatakan lari daripada menunaikan tanggungjawab.
Sumber : Berita Harian
loading...