- Get link
- X
- Other Apps
Pelakon Ashraf Muslim seperti yang kita sedia maklum, telah disahkan menghidap penyakit Covid 19 selepas pulang dari menjalani pengembaraan drama bersiri, Demi di Scotland penghujung bulan lalu.
Selain dirinya, pelakon lain serta krew yang terlibat disahkan menghidap penyakit yang sama ialah pengarah Rahila Ali, pelakon Puteri Aishah, pelakon kanak-kanak Puteri Rayyana Rayqa, jurukamera, Ambia Ahmad, penolong pengarah Sue dan jurusolek Aishah.
Namun, setakat yang kita tahu jurukamera tersebut telah dirawat di unit ICU.
Hari ini, Ashraf Muslim telah memuat naik turun gambar berstatus di Instagramnya yang berbunyi,
"Wahai rakyat Malaysia, "please" jangan terlalu expose kat luar. So duduk rumah baik-baik dan keluar rumah bila perlu untuk beli barang sahaja. Kalau tetap berdegil, kami pesakit Covid akan jada "roadblock", mahu ke?"
Sekali imbas, macam amaran sahaja bunyinya kepada mereka yang enggan patuhi arahan kerajaan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana rakyat Malaysia perlu duduk di rumah selain disuruh menjaga kebersihan diri.
Namun, Ashraf menjelaskan status tersebut hanyalah gurauan sahaja dan meminta netizen tidak marah padanya sambil meminta orang ramai patuhi arahan kerajaan. Beliau menyifatkan apa-apa yang berlaku ini hanyalah sementara sahaja dan ianya pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Status tersebut mendapat komen dari rakan artis serta netizen yang mendoakan kesembuhan Ashraf. Jadi, sama-samalah kita mendoakan kesihatan Ashraf Muslim pulih seperti sediakala. Dalam masa yang sama, kita juga jangan lupa untuk patuhi arahan PKP, jagakan jarak kita bila keluar membeli belah serta menjaga kebersihan diri.
Jika anda suka tulisan di blog kami ini, jangan lupa "like" dan "komen" di ruangan Facebook kami serta jangan lupa juga "Like" kami di page Hot Insta untuk melihat beberapa lagi status serta cerita menarik.
Sumber : IG Ashraf Muslim
loading...