- Get link
- X
- Other Apps
Dr Zatil Aqmar Hashim yang menetap bersama suaminya, Ikmal Ismail di New York sejak 7 tahun lepas melahirkan kebimbangan kerana masih di bandaraya itu yang mencatitkan jumlah kematian paling tinggi di Amerika Syarikat kerana wabak Covid 19.
Selain Dr. Zatil dan suaminya yang bertugas bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mereka juga menetap bersama dua orang anak mereka kini mengambil langkah pencegahan ketat.
Menurutnya, mereka yang tinggal di kawasan seperti Brooklyn, mengelak untuk keluar dari rumah dan hanya Ikmal sahaja akan pergi ke kedai bagi mendapatkan barangan keperluan.
"Jika terpaksa keluar, kami akan pastikan memakai penutup hidung dan mulut serta pakaian perlindungan peribadi (PPE)," katanya yang berkongsi pengalaman berada di bandar raya itu dengan Astro AWANI.
![]() |
Dr. Zatil Bersama 2 Anaknya |
"Kami sebenarnya tiada had orang yang boleh keluar dari rumah, juga tiada sekatan jalan raya. Orang ramai masih boleh keluar tapi perlu mematuhi arahan penjarakan sosial dan tidak boleh berhimpun. Kesalahan berhimpun boleh dikenakan kompaun sehingga AS$1,000.
"Sekolah, bangunan kerajaan dan pasar raya selain beberapa kemudahan seperti taman permainan serta perniagaan (tertutup) termasuk pub juga ditutup bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19," katanya.
Beliau menambah lagi, sejak sekatan itu dikuatkuasakan, dia tidak lagi dapat bertemu dengan rakan lain dari Malaysia walaupun tinggal berdekatan.
Malah, beliau dan suami rindu untuk pulang ke Malaysia namun terpaksa membatalkan hasrat itu selepas memikirkan risiko perjalanan, justeru memutuskan lebih baik mereka terus tinggal di New York buat masa ini.
Katanya, Bandaraya New York yang tidak pernah sunyi sebaliknya sentiasa sibuk, kini seolah-olah bertukar menjadi ‘zombie land’ kerana orang sudah tidak berani berada di luar tanpa sebab.
![]() |
Suasana Bandar New York |
"Jika saya berada di Malaysia, berkemungkinan saya antara petugas barisan hadapan. Setiap hari saya berhubung dengan rakan-rakan bagi mengikuti perkembangan terkini pandemik COVID-19 di Malaysia.
"Pada mulanya, saya kecewa tidak dapat bersama mereka, tapi saya sedar ini adalah takdir. Jadi, saya berusaha dengan cara lain untuk membantu.
"Saya kumpulkan sumbangan membeli penutup hidung dan mulut untuk dihantar kepada barisan hadapan di Hospital Sungai Buluh. Buat masa ini, itu sahaja yang saya boleh bantu kerana berasa sebahagian daripada mereka," katanya.
Sehingga petang Selasa, secara keseluruhan, Bandaraya New York merekodkan lebih 10,000 kematian, dengan Selasa sahaja menyaksikan 3,778 kes kematian akibat COVID-19.
Sumber : Astro Awani

loading...