Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Warga Pakistan Cuba Rasuah Polis RM 7000


Dua lelaki warga Pakistan  gagal dalam cubaan menyogok RM7,000 pegawai polis yang menahannya kerana membawa rokok seludup ketika penguatkuasaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Ulu Putatan, di Penampang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, pegawai polis bertugas telah menahan kedua-dua lelaki warga Pakistan berusia 29 dan 35 tahun.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, punca kejadian itu berlaku apabila pegawai dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menahan sebuah Perodua Bezza yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan awal mendapati dua lelaki warga Pakistan berada di dalam kereta  dan suspek gagal menjawab tujuan pergerakan mereka ketika PKP.
“Hasil pemeriksaan lanjut menemui beberapa kotak rokok disyaki barang seludup dan mendapati suspek gagal mengemukakan dokumen pembelian bercukai daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, malam tadi.
Mazli memberitahu, ketika tangkapan dilakukan, salah seorang daripada suspek mengeluarkan dan memberikan wang sogokan berjumlah RM7,000 sebagai ganjaran sekiranya mereka bersama barang seludup dilepaskan.
Biarpun sudah diberi amaran atas perbuatan itu,  suspek tidak mengendahkan menyebabkan pegawai dan anggota membuat tangkapan dan barang dipercayai seludup turut dirampas.
“Kedua-dua suspek dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut termasuk barang yang dirampas iaitu 755 kotak rokok pelbagai jenayah.
“Turut dirampas wang tunai RM37,409 dan kereta dinaiki suspek. Jumlah keseluruhan rampas bernilai RM109,409.
“Kedua-dua suspek dipercayai berperanan sebagai penjaga kedai dan juga penghantar serta mengedarkan rokok disyaki seludup ke kedai-kedai di sekitar kawasan Putatan,” katanya.
Tambah beliau lagi, kes rokok seludup disiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 manakala kes sogokan dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
“Kedua-dua suspek turut disiasat mengikut Peraturan 11(1) Peraturan Pengawalan Penyakit-Penyakit Berjangkit 2020,” katanya.

Sumber : Harian Metro
loading...