Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Taktik 'Pocong' Gagal Takutkan Penduduk, Pihak Berkuasa Indonesia Tukar Taktik Untuk Atasi Wabak Covid 19


Mungkin ramai yang mengetahui tentang strategi salah sebuah kampung di Pulau Jawa, Indonesia untuk mengatasi penularan virus Covid 19 yang menggunakan 'Pocong' dengan harapan membantu penduduk tempatan rasa takut untuk keluar dari rumah.

Tetapi, strategi itu tidak membuahkan hasil di peringkat awal kerana watak 'Pocong' itu berada di satu-satu tempat terlalu lama. Malah, orang ramai terus berpusu keluar untuk melihat sendiri kelibat 'pocong' berkenaan yang dikatakan berkeliaran.

Pihak berkuasa menukar taktik di mana beberapa sukarelawan diambil bagi memainkan watak 'Pocong' diarahkan muncul beberapa waktu sahaja sekaligus memberi elemen kejutan dan seram. Ianya membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak 'pocong' itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka.

Tinjauan Reuters mendapati taktik itu mula membuahkan hasil apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah, terutama sekali apabila hari mulai gelap.

"Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka," ujar Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah.

Kumpulan itu bekerjasama dengan pihak polis untuk mengambil inisiatif yang tidak konvensional bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.

Ketika berita ini ditulis, Indonesia mencatat 4,241 kes COVID-19 disahkan dengan 399 kematian.

Penyelidik di Universiti Indonesia menganggarkan jumlah kes dan kematian akan meningkat secara mendadak pada bulan Mei jika rakyat masih terus keluar rumah dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber : Astro Awani



loading...