Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Suami Isteri Positif Covid 19 Sambut Ulangtahun Perkahwinan ke 50 Dalam ICU



Dalam satu perkongsian di Facebook,  sepasang suami isteri dilihat berpegangan tangan semasa menerima rawatan kerana dijangkiti Covid 19. Sambutan ulang tahun mereka diraikan dalam wad ICU pastinya menarik perhatian dan ianya satu momen yang mengharukan.

Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Sandra, 71 dan suaminya Giancarlo, 73 telah menyambut ulangtahun mereka yang ke-50 bersama-sama "frontliner" . Pasangan itu dilihat ceria sambil memegang kek cawan walaupun masing-masing memakai alat bantuan pernafasan masing-masing.



Perkongsian yang dibuat oleh seorang Juruawat itu, iaitu Roberta Ferreti yang bertugas di wad tersebut memberitahu, ianya bagi memastikan pasangan itu terus bersemangat untuk terus hidup dan berasa gembira.

Gambar pasangan tersebut sebelum ini tular di media sosial kerana terlantar disebabkan Covid 19 dan kini sekali lagi tular kerana pasangan warga Italy itu meraikan ulang tahun mereka yang ke 50 di wad ICU.

loading...