- Get link
- X
- Other Apps
Nampaknya isu rumahtangga Datuk Seri Aliff Syukri bersama Datin Seri Shahida nampaknya masih menjadi perhatian netizen. Seperti mana yang kita sedia maklum, tular di media sosial bahkan di mana-mana berita gosip tersebar bahawa rumah tangga mereka seolah retak menanti belah. Kedua-dua mereka dikatakan kini tidak lagi tinggal sebumbung.
Bahkan kedua-duanya sudah tidak saling ikuti di laman Instagram masing-masing. Itu cerita mereka tetapi sejak 2,3 hari ini, tular lagi kisah ibu mertuanya iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang merupakan ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri juga turut tidak lagi mengikuti menantunya di laman Instagram.
Bahkan, status di laman Instagram milik Bonda Rozita juga dilihat tertuju pada menantunya. Walaupun status itu dilihat secara rambang atau nasihat biasa-biasa sahaja tetapi netizen seolah boleh mengagak status itu tertuju pada siapa.
Status itu nampaknya mendapat komen daripada netizen yang mengharapkan supaya usahawan itu sepatutnya menjernihkan keadaan kerana sebelum ini Bonda Rozita mendakwa Datin Seri Shahida merupakan menantu kesayangannya.
Sebelum ini, Datin Seri Shahida juga menyatakan tidak mengetahui akan tindakan ibu mertuanya yang tidak lagi mengikutinya di Instagram. Bahkan, beliau memaklumkan ianya mendapat tahu dari netizen dan beliau juga berkata tidak ambil pusing akan hal itu.
Diharapkan, isu ini akan menemui titik penyelesaian terbaik buat keduanya. Tetapi yalah. Jodoh pertemuan semua itu di tangan Allah. Meskipun jodoh mereka ditakdirkan sampai takat itu sahaja, diharap keduanya masih lagi mengekalkan hubungan baik memandangkan mereka punya lima orang anak bersama.
Sumber : YOY
loading...