- Get link
- X
- Other Apps
Siapa tidak kenal Shanell Harun? Seorang pereka fesyen yang telah menempah nama dalam pentas fesyen negara. Antara artis yang pernah guna khidmat beliau ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Apa yang mengkagumkan pereka fesyen ini bebas dari segala macam kontroversi.
Seperti mana kita sedia maklum, kini Malaysia berada di fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan. Fasa ketiga ini bakal berakhir pada 28 April 2020 di mana kita sedia maklum pada masa itu kita sudah mula berpuasa. Pada ucapan Perdana Menteri 10 April 2020 lalu, beliau ada menyatakan ucapan terima kasih setinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang bermurah hati memberikan sumbangan kepada para petugas barisan hadapan serta mereka yang memerlukan di mana pihak-pihak tersebut terjejas kerana masalah Covid 19.
Shanell Harun juga merupakan salah seorang daripada mereka yang turun padang memberikan sumbangan berbentuk makanan dan keperluan harian. Sumbangan tersebut sebahagiannya diberikan oleh rakan-rakan, pelanggan serta golongan selebriti. Jadi, kiranya Shanell atau mesra dipanggil Nell ini macam pengantaranya.
Antaranya nama-nama besar yang dilihat menyokong usaha murni Nell ini ialah Kilafairy, Ernie Zakri, Scha Alyahya, Syamel, Elly Mazlein dan lain-lain. Rata-rata mereka meninggalkan komen mengucapkan terima kasih serta berdoa agar urusan Nell berjalan lancar dan dipermudakan.
Malah, dalam satu status yang dikongsi oleh Nell di laman sosial Facebook miliknya, beliau mengatakan ramai yang mesejnya secara peribadi, minta nombor akaun kerana mereka tidak boleh keluar buat masa ini.
View this post on InstagramA post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun) on
Menurut Nell sambutan atas usahanya sangat mengalakkan dan berharap agar ada pihak yang memberitahunya di mana beliau boleh sampaikan sumbangannya. Kita berharap agar apa yang dilakukan oleh Nell ini diberkati oleh Allah SWT.
Sumber : IG kilafairy & IG shanellharun
loading...