- Get link
- X
- Other Apps
Legenda Bollywood, Rishi Kapoor telah meninggal dunia akibat kanser, di sebuah hospital di Mumbai, pagi semalam.
Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Bobby dan berusia 67 tahun sebelum itu dibawa ke hospital berkenaan oleh ahli keluarganya selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
Khaleej Times melaporkan Rishi sebelum ini kembali ke India, tahun ini, selepas menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat, selama setahun.
Pada Februari lalu, beliau turut dimasukkan ke hospital akibat demam viral, tetapi beliay didiscaj tidak lama kemudian.
Pelakon itu dilihat sudah tidak aktif di laman Twitter sejak 2 April lalu.
Beliau sebelum ini mengumumkan akan kembali ke lokasi penggambaran filem terbaharu adaptasi dari filem Hollywood, 'The Intern', bersama Deepika Padukone.
Dalam pada itu, rakan baiknya, Amitabh Bachchan menerusi Twitter berkata, "Dia sudah tiada, Rishi Kapoor sudah meninggal dunia, saya amat dukacita."
Sumber : Harian Metro
loading...