Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Rasa Tak Berbaloi Kena Tahan Gara-Gara Cat Kera


JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang telah menahan seorang lelaki atas kesalahan melakukan penganiayaan terhadap seekor kera di Taman Astaka Village, Kuantan, kelmarin.
Pengarahnya, Rozidan Md Yasin memberitahu, lelaki tempatan berusia 40-an itu ditahan berikutan tindakannya menembak haiwan berkenaan yang berada dalam perangkap milik Perhilitan menggunakan senapang tiruan.
Menurutnya, lelaki terbabit juga mengecat haiwan berkenaan dengan menggunakan penyembur dan perbuatan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 86 (Kezaliman Terhadap Hidupan Liar) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Katanya, penahanan lelaki terbabit dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada Persatuan Haiwan Malaysia berikutan  video viral berkenaan  perbuatan lelaki tersebut menembak kera menggunakan senapang tiruan dan mengecatnya selepas haiwan terbabit terperangkap dalam perangkap yang dipasang Perhilitan.

Rakaman Video Menunjukkan Lelaki Tersebut
Menyembut Cat Ke arah Kera Tersebut
“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak bertindak zalim dan menganiaya haiwan liar atau binatang pelihara, tindakan undang-undang sedia menanti individu berkenaan.
“Kita akan dakwa lelaki berkenaan dalam masa terdekat selepas semua kertas siasatan lengkap disediakan dan ini kes pertama di negeri membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 86,” katanya, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya memuji tindakan Persatuan Haiwan Malaysia yang segera menghubungi Perhilitan sebaik melihat video terbabit.
“Dalam masa beberapa jam anggota penguat kuasa Perhilitan Pahang mengesan individu berkenaan.
“Kita memasang perangkap kera di Taman Astaka Village sejak beberapa hari lalu selepas penduduk membuat aduan haiwan berkenaan menimbulkan masalah kepada mereka.
“Kedudukan taman berkenaan yang bersebelahan dengan kawasan hutan menjadi faktor kera banyak di situ,” katanya.

Sumber : Harian Metro
loading...