Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Positif Covid 19? Ashraf Muslim Senyap



Semua sedia maklum, lapan daripada 18 orang terdiri daripada pengarah, pelakon dan kru yang menjalani penggambaran drama berjudul Demi di Inverness, Scotland bulan lalu disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan. Kini , seorang lagi pelakonnya, Ashraf Muslim didakwa turut  dijangkiti virus berkenaan dan dirawat di salah sebuah hospital kerajaan.

Ashraf dikatakan sejak beberapa hari lalu terus membisu dan tidak menjawab panggilan dan mesej daripada pihak media berhubung dakwaan itu.


Dalam mesej WhatsApp yang dihantar, Ashraf cuma membalas ringkas tanpa menjelaskan keadaan kesihatannya ketika ini.
"Waalaikummussalam, apa khabar? maaf, tak reply (balas) sebelum ni," tulisnya.
Namun, selepas dua hari tidak memuat naik hantaran di Instagram, hari ini Ashraf memuat naik video doa untuk tatapan pengikutnya.
Ashraf berkongsi kira-kira 11 hari lagi umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa dan kesayuan hatinya jika tahun ini tidak dapat berbuka dan solat terawih bersama keluarga serta rakan di masjid.


View this post on Instagram

Assalamualaikum semua.. Sedar tak kawan2 lagi 11 hari lagi nak ramadan. Sayunya hati.. adakah kita tidak dapat berterawikh di masjid? Dan tidak dapat berbuka puasa di masjid beramai2 bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. “Ya Allah engkau tarik nikmat dengan sekejap sahaja. Kami rindukan ramadan kami. Kami mohon amoun diatas kesalahan kami yg kami lakukan sebelum ini. Kami yg banyak bersalah kerana solat lambat, tak patuh atas arahanmu, jarang membaca alquran, lupa utk berzikir dgn zikir laillahaillah, kami melakukan maksiat mata, tangan dan tubuh badan kami, kami melanggar fitrah yg telah ditetapkan olehmu, kami sombong dgnmu dan kami tidak menghormati antara kami manusia. Maafkan kami ya Allah, kami hamba yang lemah dan ingin dekat dgnmu.” . . #rinduramadan #bersabarlahwahaihati #stopcovid19
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
Pasukan produksi berkenaan belepas ke Scotland pada 9 Mac lalu dan kembali ke tanah air pada 31 Mac lalu. Pengarah, Rahila Ali; pelakon, Puteri Aishah; pelakon kanak-kanak, Puteri Rayanna Rayqa dan ibunya; jurukamera, Ambia Ahmad dan tiga lagi kru disahkan positif Covid-19 sebaik pulang ke sini.
Ashraf Bersama Sebahagian
Krew. Salah Seorannya ialah Rahila Ali yang
Disahkan Positif Covid 19


Ashraf turut melakukan kuarantin diri di rumahnya. Turut bersama mereka ke Scotland ialah pelakon Ben Amir dan Hasnul Rahmat, namun Ben yang pulang beberapa hari lebih awal dan disahkan negatif Covid -19 selepas menjalani pemeriksaan.

Sumber : Harian Metro
loading...