- Get link
- X
- Other Apps
Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang berkeliaran di luar, telah didatangi oleh seorang anggota polis yang menegur tindakan mereka berkeliaran di waktu PKP.
Di dalam rakaman yang berdurasi 2 minit lebih itu, menyaksikan sekumpulan kanak-kanak itu menangis ketakutan selepas disoal dan diberitahu oleh anggota polis tersebut, untuk membawa mereka semua ke balai polis.
Bagaimana pun, di pertengahan video tersebut, anggota polis itu perasan terdapat salah seorang daripada mereka membawa bakul berisi kentang goreng untuk dijual. Sebagai tanda ingin membantu, anggota itu telah membeli kesemua jualan kanak-kanak itu.
Video tersebut nyata menarik perhatian Netizen yang rata-rata memuji sikap dan pendekatan polis tersebut. Dalam ketegasannya, masih lagi ditunjukkan nilai untuk menolong kanak-kanak tersebut.
Bukan sahaja netizen di kalangan awam nampaknya memuji pendekatan polis tersebut tetapi Mufti Perlis, Dato'Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Maza juga nampaknya menonton video tersebut. Bahkan mengulas tentang beliau mendapati ada beberapa sisi menarik yang menarik dalam video tersebut.
Siapa tidak kenal dengan Dr. Maza yang merupakan salah seorang Ilmuwan Agama yang tinggi ilmunya. Bahkan, banyak pihak sering meminta pendapatnya bukan sahaja dari segi ilmu agama bahkan dari segi isu semasa dalam dan luar negara.
Berikut ialah status beserta video tersebut yang telah dimuatnaik oleh Dr.Maza menerusi akaun laman Facebook miliknya.
Dalam ulasannya, Dr. Maza mengatakan peristiwa ini bakal menjadi kenangan dalam hidup mereka dan mendoakan agar Allah memberikan masa depan baik pada kanak-kanak tersebut.
Sumber : FB Dr.Maza
loading...