- Get link
- X
- Other Apps
![]() |
Gambar Sekadar Hiasan |
Makanan telah siap dimasak dan dibungkus elok sebelum disimpan di belakang kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dekat Simpang Empat, Alor Setar.
Kemudian, pemandu kereta yang juga lelaki berusia 60 tahun akan menanti sehingga pelanggannya tiba untuk membeli makanan berkenaan yang hanya dijual kepada kaki ponteng puasa.
Bagaimanapun, kegiatan lelaki itu yang sudah bermula sejak hari pertama Ramadan (24 April) terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), hari ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, dalam operasi 10.15 pagi itu, lelaki berkenaan ditahan ketika sedang berurus niaga dengan seorang pelanggan.
"Bagaimanapun pelanggan yang baru hendak membeli makanan sempat melarikan diri. Serbuan dibuat berdasarkan makluman awam.
"Siasatan mendapati lelaki itu akan mula menjual pada 8.30 pagi setiap hari sejak awal Ramadan lalu dan menjual kepada orang Islam yang tidak berpuasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau berkata, lelaki berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu dalam operasi berasingan di kedai makan bukan Islam, seorang lelaki berusia 50 tahun tidak sempat minum air apabila premis diserbu penguat kuasa JAIK.
Katanya, lelaki itu memberi alasan baru pulang dari meracun rumput di sawah dan singgah di situ untuk minum.
"Dia diberi notis amaran dan diarah beredar. Operasi ditamatkan pada 11.30 pagi," katanya yang memberitahu operasi dilakukan bagi mencegah kegiatan mencemar kemuliaan Ramadan dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19.
Sumber : Harian Metro
loading...