- Get link
- X
- Other Apps
Seorang pelajar berusia 14 tahun antara yang ditahan pihak berkuasa kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan kelmarin.
Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Bagan Serai, Mokhlis Hussain, semua jemaah ditahan jam 9.15 malam selepas selesai menunaikan solat Isyak berjemaah di sebuah surau di Parit Husain, Bagan Serai.
Tindakan itu berikutan kerana terdapat maklumat dari orang awam berkenaan kejadian melanggar PKP itu.
"Tiada jemaah yang melarikan diri dan mereka majoritinya tahu mengenai larangan solat berjemaah melebihi tiga orang iaitu imam, bilal dan seorang makmum. Semua yang ditahan berusia antara 14 hingga 64 tahun,"kata Pegawai Tadbir Agama tersebut.
Mereka telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah( IPD) Kerian untuk tindakan lanjut.
Manakala, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob akan mengadakan sidang media pada Isnin ini berhubung isu tangkapan langgar PKP di Kerian.
Sumber : Harian Metro
loading...