Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Patutlah Rezeki Neelofa Murah...Rakan Selebriti Kongsi Dapat Susu Nilofa Sebagai Hadiah




Neelofa antara selebriti yang kita sama2 tahu merupakan seorang usahawan yang berjaya dan memiliki permiagaan bertaraf antarabangsa selain menjadi duta produk bagi barangan berjenama antarabangsa.

Dengan pengikut lebih dari 5 juta di Instagram, pastinya kepopularitian Neelofa tidak kita ragui. Apa sahaja yang dilakukan oleh beliau baik mengacara atau lakonan, pastinya akan mencapai "rating" yang tinggi.

Namun, di sebalik semua itu Neelofa dilihat tetap menjaga hubungan baiknya dengan rakan yang sama dalam industrinya. Neelofa dikatakan telah bermurah hati menghadiahkan rakan-rakannya produk minumannya Susu Pisang Nilofa beserta kad ucapan tanda ingatan dan penghargaan.

Pihak kami pernah rasa Susu Pisang tersebut dan boleh dikatakan memang sedap.

Antara selebriti yang bertuah itu ialah rakan yang pernah jadi pengacara bersama dengannya dalam Meletop iaitu Nabil Ahmad. Selain daripada Nabil, rakan lain yang turut sama mendapat susu tersebut ialah Siti Saleha, Elfira Loy, Khai Bahar, Fasha Sandha, Amira Othman dan Nora Danish.

Boleh dikatakan mereka terharu di samping gembira dapat menikmati susu tersebut bersama keluarga mereka. Malah, Fasha Sandha juga menulis di status Instagramnya menganggap kemurahan hati Neelofa memberikan hadiah itu punca rezekinya sentiasa murah.

Mari kita lihat gambar2 serta video mereka ini.


Nabil Ahmad Gembira Terima Hadiah Susu Nilofa

Fasha Sandha Membaca Kad Dari Neelofa
Nora Danish

Amira Othman

Elfira Loy
Siti Saleha
Khai Bahar

Moga rezeki Neelofa terus murah seperti mana yang didoakan rakan-rakannya. Walaupun Covid 19 tetapi kita masih boleh jalinkan silaturahim, bukan? Bagaimana anda? Ada terfikir nak hadiahkan apa-apa pada rakan-rakan anda?

loading...