Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Netizen Terhibur Haqiem Rusli Menyanyikan Lagu Januari Tribute Kepada Glenn Fredly


Seperti mana kita sedia maklum, penyanyi terkenal Glenn Fredly telah meninggal dunia pada 8 April 2020 lalu. Pastinya generasi yang zaman remajanya tahun 2000-an pastinya masih segar akan lagu Glenn yang meninggalkan kesan di memori mereka iaitu lagu Januari.

Bait-bait lagu Januari pastinya dihafal oleh generasi pada zaman itu kerana kerap berkumandang di corong radio. Namun, Glenn pergi jua pada usia 44 tahun dan meninggalkan seorang isteri serta anak perempuan berusia 40 hari.

Ramai yang sayu melihat keadaan isterinya mencium anak kecil itu di hadapan keranda jenazah Glenn. Namun, yang hidup pasti harus teruskan hidup.

Semalam, penyanyi Haqiem Rusli yang dikatakan mewakili generasi BBNU ini telah menyanyikan semula lagu Januari dendangan mendiang dan telah memuatnaiknya di akaun Instagram miliknya.

Nyata, ramai yang memuji akan kemerduan suara Haqiem menyanyikan lagu tersebut bahkan ramai di antara mereka tidak puas mendengarnya meminta Haqiem nyanyi semula lagu tersebut  dengan lirik penuh. Video berdurasi 26 saat itu mendapat tontonan sebanyak lebih 72K.

Hmm...rasanya tak salah kalau Haqiem Rusli cuba menyanyikan semula lagu tersebut dan dijadikan "single". Mana tahu, boleh "improvise" menjadi rentak yang berbeza.

Sumber : IG haqiemrusli98
loading...