Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

" Maaf Abang, Sebab Saya, Abang Jatuh," - Netizen Simpati Dengan Nasib Rider Grab Food

Gambar Hiasan

Semalam, seorang netizen telah membuat perkongsian di Twitter mengenai keadaan rider GrabFood semasa menghantar makanan yang ditempah menerusi aplikasi Grab.

Netizen tersebut menerusi akaun Twitter Aku Ikmal Hanif miliknya itu berasa kasihan dan simpati dengan keadaan rider tersebut yang dilihatnya seolah baru mengalami kecederaan. Meskipun makanan yang dihantar sampai lewat tetapi pemilik akaun Twitter berkenaan tidak marah sebaliknya dia sendiri memohon maaf kepada rider tersebut.


Disebabkan perkongsiannya di Twitter, ianya mendapat perhatian pihak Grab. Pihak Grab menyatakan bahawa netizen tidak perlu risau kerana pihak rider telah hubungi Grab dan mereka akan membantu rider tersebut untuk tuntutan insurans.

Perkongsian Ikmal itu kini mendapat lebih 7,900  "retweet" dan lebih 8,600 "likes".

Sumber : Lobak Merah via Twitter Aku Ikmal Hanif
loading...