Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Langgar PKP Lepas itu Hina Tentera


Kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan serta menghina anggota tentera pada 20 April lalu, buruh pelantar ikan telah didenda RM 1,100 oleh Mahkamah Majistret Kangar.

Tertuduh yang dituduh mengeluarkan kata-kata jelek terhadap anggota tentera mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamaliza Md. Zain.

Untuk pertuduhan pertama, tertuduh didenda RM 100 kerana mengeluarkan kenyataan "babi" terhadap Markus Anak Alang dengan bertujuan untuk membangkitkan kemarahan dan menganggu keamanan pada 11.45 pagi 20 April lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan boleh didenda tidak lebih RM 100.

Untuk pertuduhan kedua, dia didenda RM 1000 kerana bergerak dari Lorong 7, Fasa 2, Taman Utara Jaya, Kuala Perlis yang merupakan tempat jangkitan dan bukan bertujuan melakukan mana-mana perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan 3(1) , Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020) dan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.


Kesemua kesalahan tersebut telah  dilakukan tertuduh secara berseorangan ketika ditahan di dalam sekatan jalan raya dengan memandu sebuah kereta di Kuala Perlis pada jam 11.45 pagi.
Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Jodia Por Yi Tying manakala tertuduh diwakili Fatin Hayati Abd Rahman.
Jodia dalam pendakwaannya memohon supaya Kamaliza menjatuhkan hukuman yang setimpal memandangkan tertuduh melakukan kesalahan dengan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas petugas barisan hadapan.
Bagaimanapun, Fatin Hayati dalam rayuannya merayu hukuman minimum dijatuhkan ke atas tertuduh memandangkan dia sudah mengakui kesalahannya selain mempunyai tanggungan seramai empat orang yang terdiri daripada tiga anak berusia dua hingga lapan tahun, seorang isteri dan ibu mertuanya.
Selain itu, Fatin Hayati turut memaklumkan bahawa tertuduh berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan terbabit memandangkan ini adalah kesalahan kali pertamanya disamping beliau mempunyai sakit jantung dan masih bergantung pada ubat khusus.
Sumber : Berita Harian
loading...