Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Kuasa Viral, Jurutera Rusia Yang Mengemis Makanan Diselamatkan Pihak Polis


Salah seorang pengguna laman Facebook telah memuat beberapa keping gambar yang memaparkan seorang pelancong asing terduduk sambil merayu dihulurkan makanan terhadapnya. Gambar tersebut telah menjadi tular dan rata-rata netizen berasa simpati.
Pelancong asing berkenaan yang dikatakan terkandas di Temerloh dan duduk dihadapan pintu masuk makanan segera sambil memengang potongan kotak yang tertulis “I can’t go home and have no money.I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar).

Perkara itu menarik perhatian polis tempatan dan bertindak menyelamatkan lelaki tersebut yang ditemui berlegar-legar di pasaraya TMJ Temerloh dan mendapat tahu beliau ialah seorang jurutera kargo dari Rusia.

Menurut pihak berkuasa tempatan, lelaki tersebut ada  berusaha untuk pulang ke Rusia namun tiket penerbangannya dibatalkan dan telah gagal menghubungi dua rakannya.


Lelaki tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk menjalani ujian saringan kesihatan COVID-19 dan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.
Kedutaan Rusia yang dihubungi sedang berusaha menguruskan penghantaran lelaki berkenaan ke Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke Rusia.
loading...