Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Kluster Baru Sendayan Catat Satu Kematian


Satu kes kematian akibat COVID-19 mula direkodkan daripada kluster Sendayan, Negeri Sembilan, kluster baharu yang dikesan Kementerian Kesihatan baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian itu direkodkan di sebuah pusat tahfiz di sana.
“Tindakan bersepadu oleh anggota kesihatan sedang dijalankan di lapangan dan semoga jangkitan dapat dikawal daripada terus merebak,” katanya menerusi Twitter beliau, sebentar tadi.


Setakat semalam, beliau berkata, sebanyak 39 kes positif dikesan di kawasan berkenaan.
Jumlah kes positif yang direkodkan itu membabitkan 13 pelajar tahfiz, 15 ahli lembaga pengarah sebuah syarikat dan sebuah keluarga membabitkan 11 individu.
Sumber : Berita Harian
loading...