Kantoi Lagi Sekali! Mira Filzah Terlepas Cakap Semasa Live Bersama Seorang Ustazah Bila Ditanya Soal Tunang
- Get link
- X
- Other Apps
Nur Amirah Filzah atau Mira Filzah merupakan pelakon yang paling popular di Malaysia sekarang ini. Habis satu drama ada lagi drama lain yang muncul di mana beliau pasti menjadi heroin. Inilah yang dikatakan zaman kemuncak atau kegemilangan si cantik ini. Tidak hairanlah beliau dapat meraih gelaran Bintang Paling Popular ABPBH tahun lepas.
Awal tahun ini ada desas desus tentang hubungan Mira dengan seorang jejaka apabila mereka kelihatan hadir berdua di majlis perkahwinan pelakon Farah Nabilah. Sejak dari itu, netizen tidak habis mengorek rahsia siapakah jejaka yang bertuah berjaya menambat hati si cantik manis ini.
Jejaka tersebut dikenali sebagai Wan Emir Astar ini merupakan seorang artikek dan memiliki firma seni bina. Dia juga merupakan seorang anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu YB Datin Mastura Mohd Yazid.
Namun sehingga hari ini, masih belum lagi terdapat apa-apa pengumuman mahupun penjelasan tentang hubungan mereka pada pihak media atau pun peminat.
Jika sebelum ini, telah viral isu terlepas cakap oleh PU Azman ketika pendakwah tersebut membuat live bersama dengan Mira. Hal tersebut sekali lagi berlaku di mana semalam Mira telah membuat live bersama Ustazah Asma’ Harun untuk membincangkan topik tentang pengorbanan.
Dalam live tersebut ada ketika dimana Ustazah Asma bertanya tentang status kepada Mira Filzah. Walaupun malu-malu tapi Mira Filzah akur untuk menjawab tentang dirinya yang sudah berpunya.
Perkongsian sedutan live tersebut dikongsikan dalam salah sebuah akaun peminat Mira Filzah di Instagram.
Alahai, malu-malu je Mira nak jawab. Kita doakan semoga hubungan Mira dan pasangan berkekakalan bukan sahaja hingga ke jinjang pelamin malah sampai ke syurga.
Dengarnya kalau tiada apa-apa halangan mungkin bulan Oktober ini, tapi sekarang negara tengah fokus isu COV1D19 mungkin terpaksa ditangguhkan. Apa-apa pun semoga semuanya berjalan dengan lancar.
loading...