- Get link
- X
- Other Apps
Seorang pengguna Facebook, Mkhairul Nizam telah berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang nenek yang sudah berusia berjalan sambil bertongkat bersendirian.
Pada asalnya, lelaki tersebut bimbang untuk menolong nenek berkenaan tetapi dia akhirnya membuat keputusan untuk membantu sambil bertawakal lalu mempelawa nenek berkenaan menaiki keretanya.
Dia juga memberikan topeng muka kepada nenek tersebut lalu membawanya ke tempat yang dituju.
Status tersebut telah mendapat komen daripada salah seorang lelaki yang mendakwa dia ialah menantu kepada nenek tersebut.
Menantu tersebut menjelaskan keadaan mereka yang sukar untuk menemui ibu mertuanya memandangkan masih dalam tempoh PKP dan nenek tersebut tinggal di kawasan melepasi sempadan.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Mkhairul Nizam kerana sudi membantu ibu mertuanya yang menetap di Pondok Sungai Bakap. Lelaki yang menggunakan akaun Facebook Castello Azli itu mengatakan dia yang tinggal di Padang Serai, Kedai itu bergegas menuju ke Sungai Bakap untuk mengambil ibu mertua selepas mendapat nasihat daripada pihak polis.
Sunber : Borakdaily via FB Mkhairul Nizam
loading...