- Get link
- X
- Other Apps
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menafikan menerbitkan sebarang dokumen panduan sambutan Aidilfitri jika negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di laman sosial, sejak semalam.
JAKIM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, sebarang informasi yang tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi jabatan tersebut dianggap tidak sah.
"JAKIM menafikan ada mengedarkan sebarang dokumen berkenaan Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP," demikian katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung garis panduan untuk umat Islam meraikan Aidilfitri sekiranya PKP masih berkuat kuasa pada masa itu.
Garis panduan tersebut antara lain mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga tanpa khutbah hari raya; serta takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau ia boleh dirakam.
Selain itu, panduan tersebut melarang rumah terbuka bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.
Sumber : Astro Awani
loading...