- Get link
- X
- Other Apps
Persatuan Pemandu Van Kuala Lumpur dan Selangor yang mengadakan pertemuan bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berharap ianya akan memberi impak positif terhadap masa depan pemandu berkenaan.
Hasil pertemuan tersebut mereka ada mencadangkan pelaksanaan E-Hailing yang membenarkan membawa 12 penumpang dan ke atas, pelaksanaan permit individu bagi milikan van persiaran dan kelayakan 'driver guide'.
Pengerusinya, Simon Sim berharap hasil perbincangan perbincangan berkenaan mendapat tindakan sewajarnya daripada pihak kementerian.
"Kita turut berharap Bantuan Prihatin Nasional melibatkan golongan pemandu bas, van dan pemandu pelancong," katanya.
Simon turut mengatakan bahawa bantuan berkenaan disifatkan mengabaikan kebajikan dan kepentingan pemandu bas, van dan pemandu pelancong.
Katanya, pengumuman itu bercanggah dengan prinsip yang disebut Perdana Menteri iaitu 'no one will be left behind'.
Pada 30 Mac yang lalu, Persatuan Pemandu Van Kuala Lumpur dan Selangor melahirkan kekecewaan dengan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sumber : Sinar Harian
loading...