Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Gara-Gara Berparti, 8 Positif Covid 19, 1 Wanita Maut

Gambar Sekadar Hiasan

Seorang wanita yang bekerja sebagai pemandy bas dipercayai meninggal dunia akibat COVID-19 pada Ahad. Dia disahkan mendapat jangkitan selepas berparti bersama rakannya yang positif virus itu.

Jabatan Kawalan Penyakit (CDC) Thailand, memberitahu mangsa berusia 52 tahun, mengalami demam pada 26 Mac selepas pulang daripada parti bersama sembilan rakannya di Bangkok.


Seorang daripada rakannya yang bekerja sebagai pelayan pub dijangkiti COVID-19 ketika bekerja bulan lalu, kata pakar kesihatan CDC, Anupong Sujariyaku,  lapor Bangkok Post.

Secara keseluruhan, tujuh rakannya yang berparti bersama turut didapati positif COVID-19 tidak lama kemudian.

CDC memberitahu, suhu badan mangsa meningkat secara mendadak dan dia mengalami cirit-birit pada 2 April. Dia pergi ke Hospital Phra Pinklao, Bangkok untuk diuji, sebelum dihantar pulang.

Keputusan ujian yang diperoleh keesokan harinya mendapati dia positif COVID-19 menyebabkan dia dihubungi untuk datang semula ke hospital untuk rawatan lanjut.

Wanita tersebut dikatakan mempunyai sejarah penyakit jantung dan darah tinggi itu meninggal dunia malam Ahad lalu, sekali gus menjadi kes kematian COVID-19 ke-41 di Thailand.

Sehingga Selasa, sebanyak 2,613 kes COVID-19 direkodkan di negara berkenaan.

Sumber : Astro Awani
loading...