- Get link
- X
- Other Apps
Dalam keadaan sekarang, banyak pihak yang terkesan kerana wabak Covid 19. Ada yang mengadu kerana pendapatan mereka terjejas dek penangan wabak yang menjadi pandemik ini. Malah, ada yang hilang pekerjaan serta tidak mendapat gaji penuh sedangkan mereka masih terikat dengan komitmen untuk teruskan kehidupan.
Bagaimanapun, masih ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas ini. Antaranya ialah Dr Nisha Thayananthan yang pernah merangkul gelaran Miss World Malaysia 2019, turut membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Doktor perubatan tersebut yang bertugas di Hospital Putrajaya itu memandu ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Seremban, negeri kelahirannya, untuk mengagihkan sumbangan seperti beras, minyak masak dan susu.
“Saya dididik dengan prinsip memberi adalah lebih baik daripada menerima, terutama kepada golongan kurang bernasib baik. Ibu bapa saya menjadi inspirasi. Saya sudah lama sertai misi kemanusiaan, sepanjang perjalanan ini, saya telah bertemu ramai orang susah, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya yang bertugas di barisan hadapan.
Malah, beliau berkata ramai juga yang menghubunginya memerlukan bantuan sejak wabak tersebut bermula.
“Selalunya saya guna duit sendiri untuk membantu mereka dan meluangkan masa dengan kerja amal,” kata Dr Nisha yang ibunya menguruskan rumah penjagaan orang tua serta pusat perlindungan haiwan terbiar di Petaling Jaya, Selangor.
“Semasa krisis ini, banyak pengorbanan dibuat oleh rakan-rakan saya demi menyelamatkan nyawa, bekerja siang dan malam selain terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang.
“Sebagai doktor, saya mahu semua orang berhati-hati dan duduk di rumah kerana kami sedang bertungkus lumus membasmi COVID-19,” katanya.
Mereka yang mahu menyumbang boleh menghubunginya melalui e-mel nisha@live.com.my.
Inilah yang dikatakan cantik tetapi bijak dan baik. Moga Dr. Nisha terus sukses dalam kerjayanya.
Sumber : Berita Harian
loading...