- Get link
- X
- Other Apps
Seorang doktor di bandar Bhopal, India sanggup tidur di dalam kereta demi memastikan isteri dan anaknya terselamat jangkitan Covid-19.
Menurut portal India Today, petugas barisan hadapan JP Hospital, Dr Sachin Nayak tidak pulang ke rumah selepas tamat bertugas. Sebaliknya, doktor tersebut memilih untuk tinggal di dalam kereta yang diparkir di tempat letak kereta di hospital terbabit.
Bekalan makanan turut dipenuhkan di dalam kereta itu untuk keperluan harian selain menyediakan buku sebagai bahan bacaan. Pada masa lapang, doktor tersebut membaca buku dan menghubungi keluarga menerusi panggilan video.
Rutin berkenaan dilakukan sejak seminggu lalu.
“Apabila kes pertama Covid-19 dilaporkan di Bhopal, saya tidak takut sangat.
“Tapi, beberapa hari lalu, kita dapat tengok kes positif semakin meningkat.
“Jadi, saya ambil keputusan tinggal dalam kereta buat sementara waktu,” katanya.
Gambar dia menjalani kehidupan di kereta itu tular hingga mendapat perhatian Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan dan memberi penghormatan atas inisiatif dan semangat doktor berkenaan dalam memerangi wabak menerusi ciapan di laman Twitter.
“Saya dan seluruh penduduk Madhya Pradesh beruntung ada wira seperti anda dalam melawan Covid-19.
“Jika kita semua berterusan dengan cara ini, kita mampu memenangi peperangan ini lebih cepat.
“Encik Sachin, tabik hormat semangat anda,” katanya.
Sumber : Harian Metro
loading...