Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Boleh Lagi Melepak di Beranda Rumah, Lima Sekawan Ditahan Ingkar PKP


Lima sekawan  yang sedang melepak du beranda rumah ditahan kerana kesalahan melanggar Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) . Mereka yang ditahan itu berusia antara 27 dan 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Wa, di sini, kira kira jam 7 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah ketika berkata, 10 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun menjalankan rondaan PKP di kawasan terbabit dan semasa dihampiri pihak polis, kesemua mereka yang berada di beranda rumah berkenaan bertindak melarikan diri.

Baharudin memberitahu,  dua daripada mereka berjaya ditahan di rumah tersebut, manakala tiga lagi yang melarikan diri ke hutan berhampiran berjaya ditahan tidak lama kemudian.

Polis turut menemui peralatan untuk menghisap dadah di rumah itu dan kesemua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Dungun untuk tindakan lanjut.

Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan - peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020.

Setakat ini, seramai 24 orang telah didakwa sepanjang dua hari PKP fasa tiga berlangsung kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan PKP.

Sumber : Astro Awani

loading...