Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Beberapa Sektor Ekonomi Terpilih Dibuka Semula Secara Berperingkat


Kerajaan bersetuju supaya beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka semula secara berperingkat dengan garis panduan penjagaan kesihatan dan kawalan keselamatan yang ketat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebuah jawatankuasa khas kabinet yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Kanan Pertahanan
diwujudkan untuk meneliti senarai sektor ekonomi yang terpilih.
"Saya faham bahawa ekonomi negara kita terjejas kerana sekatan yang dibuat terhadap aktiviti perusahaan, perkilangan dan perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
"Saya ingin tegaskan bahawa pembukaan beberapa sektor yang terhad ini bukan bermaksud kita melonggarkan perintah kawalan pergerakan," katanya dalam perutusan khas COVID-19, di sini hari ini.
Sumber : Berita Harian
loading...