- Get link
- X
- Other Apps
Sejak kebelakangan ini, ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan sejak 18 Mac 2020. Segala rutin, aktiviti dan juga pekerjaan terpaksa dihentikan sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat untuk dibuka kepada orang awam.
Mata pencarian rezeki kebanyakan peniaga kecil dan juga mereka yang bergaji sudah tentunya tergendala sementara waktu. Jadi tidak hairanlah , ada segelintir individu yang terpaksa menjana rezeki pada saat ini dengan melaksanakan khidmat runner ataupun menjadi penghantar makanan melalui pelbagai platfrom yang telah disediakan.
Seorang pengguna Twitter telah memohon doa daripada orang ramai agar kawannya kembali pulih dari kemalangan jalan raya. Rakannya itu dikatakan cedera parah dan kini telah ditempatkan di wad ICU.
Dalam status terkini, pemuda tersebut kini telah selamat jalani pembedahan dan keadaannya stabil.
Menurut rakannya yang lain, Zaim baru sahaja menjadi krew untuk Grab Food sejak beberapa hari lepas. Namun, malang tidak berbau apabila dia terlibat dalam kemalangan.
Netizen rata-rata dilhat sangat bersimpati dengan nasib yang sering menimpa insan-insan yang sanggup mengambil risiko dengan menjadi runner kepada masyarakat.
Netizen juga memanjatkan doa agar Zaim segera sembuh dan sihat seperti sediakala.
Oleh itu, masyarakat harus untuk sentiasa berhemah dan juga sering mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sanggup berkhidmat semasa keadaan genting berlaku di negara kita.
Sumber : Borakdaily
loading...