- Get link
- X
- Other Apps
Baru2 ini di laman sosial Instagram, Janna Nick telah memuatnaik gambar serta video yang menunjukkan wajah beliau dipenuhi lebam dan darah.
Video tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata2 mungkin ingin tahu apa sebenarnya berlaku. Dalam video berdurasi 1:37, Janna Nick meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang dilakukan terhadap dirinya.
"Kau belasah aku macam binatang, lepas itu kau kurung aku dekat rumah 'ni," itu antara kata2 Janna dalam video tersebut.
Video tersebut menerima komen dari netizen serta rakan selebritinya. Mungkin seolah mengetahui ianya hanya gimik sahaja, mereka memberikan komen yang mengundang rasa lucu serta geli hati.
Antara komen2 yang diterima serta dibalas Janna.
Dalam masa yang sama Janna juga ada memuatnaik foto dalam "post" berbeza tetapi menunjukkan wajahnya dalam keadaan sama. Menerusi "caption" yang ditulis, "Aku akan ingat sampai mati" kemudian beliau "tag" Zizan Razak sambil meletakkan "hastag" #stopdomescticviolence #mugshot. Status tersebut mendapat lebih 100k "likes".
Status tersebut menerima reaksi daripada Zizan Razak di ruangan komen dan komen tersebut mendapat 1100 "likes".
Jadi, fahamlah kita. Apa yang dikongsikan oleh Janna Nick ini mungkin gimik untuk mempromosikan kempen iklan berkaitan keganasan rumah tangga dan Zizan Razak juga terlibat sama.
Apa2 pun disebalik kita fokus pada isu Covid 19, isu seperti keganasan rumah tangga tak boleh diambil ringan. Jadi, kita berharap agar sebahagian usaha dan kempen ini akan membuahkan hasil.
Sumber : IG jannanick
loading...