Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Adik Julia Perez Dedah Kakak Muncul Dalam Mimpi dalam Keadaan Marah


Bulan Ramadan yang bakal disambut beberapa hari lagi. Adik kepada Allahyarham Julia Perez iaitu Della Perez mengambil kesempatan menziarahi pusara kakaknya itu. Menerusi muat naik di laman Instagram, Della berkongsi foto dia bersama ibunya menziarahi kubur penyanyi popular itu.
Memang jelas kelihatan kerinduan kedua mereka terhadap penyanyi yang dikenali sebagai Jupe itu. Julia disahkan meninggal dunia 10 Jun 2017 kerana pemyakit kanser sivik.
Dalam foto tersebut, Della turut menulis kapsyen luahan yang turut menarik perhatian pengikut.
Della meminta agar arwah tidak muncul dalam mimpinya dalam keadaan marah seolah-olah dia sedang berbicara dengan arwah kakaknya.
"Assalamualaikum Kak Julia, ni Della sama emak sudah datang, jangan ngambek (marah) lagi ya, jangan cemberut (bermasam muka) kalau datang di mimpi Della.
"Kan Della dah datang sama emak, kakak kan tahu lagi ada koronovirus di dunia, jadi tak boleh keluar dulu, maaf ya baru datang. Nanti kalau sudah aman dari korona Della sama emak datang lagi.
"Doakan kakak sudah ya, jangan masam muka lagi kalau datang di mimpi Della kak! I miss you Julia Perez. Bismillah!," tulisnya.
Sumber : Mstar Online
loading...