- Get link
- X
- Other Apps
Penyanyi, Ara Johari, meluahkan hasrat untuk berduet dengan bintang pujaannya yang juga ratu rock negara, Ella.
Seiring perkembangan semasa yang menyaksikan semakin ramai penyanyi memilih untuk merakamkan lagu secara paduan suara, dia juga enggan ketinggalan berbuat demikian.
“Sebelum menjadi artis lagi, saya memang menyimpan impian untuk berduet dengan Ella.
“Bukan tidak mahu berduet dengan penyanyi lain, namun vokal mereka dirasakan kurang sesuai dengan suara saya.
“Namun, bersama Ella, saya akan tetap meneruskan projek berkenaan walaupun suara saya dikatakan tidak kena dengan vokal hebatnya,” kata Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 22, kepada BH Online.
Enggan melihat impian berkenaan terkubur begitu sahaja, penyanyi yang meledak dengan lagu Warkah Untukku ini merancang untuk menyampaikan sendiri hajatnya kepada penyanyi berpengalaman terbabit, jika berpeluang.
“Insya-Allah, jika berpeluang berjumpa dengan Ella, saya akan luahkan hasrat berkenaan kepadanya. Saya memang teringin sangat berduet dengannya kerana genre muzik kami juga tidak banyak berbeza,” ujarnya dalam nada teruja.
Ara berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman senarai 30 lagu yang layak berentap pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) di Balai Berita, Bangsar, di sini.
Lagu nyanyiannya, Paku, hasil ciptaan Tukang Musik dan Kadok, manakala lirik oleh Shasha serta Ara sendiri, akan dipertandingkan pada minggu pertama SFMM34, 15 November ini.
Mengulas perkara terbabit, bintang Akademi Fantasia 2016 ini mengakui tekanan untuk bertanding atas tiket lagu itu agak kurang, berbanding ketika mempertaruhkan Warkah Untukku dan Bunga.
“Walaupun tetap bernada tinggi, cabarannya tidaklah sebesar lagu dendangan saya sebelum ini. Dua lagu terdahulu bukan sekadar bernada tinggi, tetapi ia turut memerlukan saya bermain dengan lenggok mendayu. Pada masa sama, nadanya ada turun naik,” ujarnya.
Sumber : Berita Harian
loading...