Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Terkejut Dapat Jersi Liverpool, Ramai Terhibur Reaksi Sopan Mufti Ketika Ditanya Raja Permaisuri Agong



Minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak oleh Mufti Wilayah Persekutuan Tan Sri Dr  Zulkifli Mohamad al-Bakri turut mendapat perhatian oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
 Semuanya bermula apabila Dr Zulkifli berkongsi ciapan beliau menerima cenderahati berupa sehelai jersi pasukan bola sepak daripada ibu bapa seorang bayi yang ditahnik hari ini.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat, baginda telah bercadang untuk menghadiahkan T-shirt jersi kepada Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi seleaps melihat beliau bergambar sambil memegang jersi pasukan Liverpool. 

Perkongsian yang menarik itu telah disambut dengan pelbagai maklum balas daripada warganet. Rata-rata membantu menjawab soalan yang diajukan baginda permaisuri berkenaan pasukan yang disokong oleh Mufti Wilayah itu.
Ada juga sebahagian daripada mereka yang berseloroh dengan mencadangkan agar Permaisuri Agong menghadiahkan jersi daripada pasukan-pasukan tempatan dan juga musuh pasukan yang disokong oleh Dr. Zulkifli.

Namun rata-rata netizen juga bergurau supaya disarankan Permaisuri Agong menghadiahkan jersi Manchester United.


Sehubungan dengan tawaran yang diberi oleh baginda Permaisuri kepada Dr. Zulkifli, beliau telah menjawab dan membalas tweet dari Permaisuri Agong di Instagram miliknya.




Menurut mufti kesayangan ramai itu, beliau tidak kisah jika dihadiahkan apa-apa jersi sekalipun, namun pasukan yang disokong sudah tentu Liverpool dan Dr. Zulkifli juga sedia maklum bahawa KDYMM Agong adalah penyokong Arsenal.


Sumber : Oh My Media

loading...