- Get link
- X
- Other Apps
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Sham Visa mengakui menerima lebih daripada 1,000 kiriman mesej sehari di akaun Instagramnya.
Kata Sham, kebanyakan mesej yang diterima datangnya daripada peminat wanita malah ada dalam kalangan isteri orang.
"Namun, saya menganggap kiriman mesej itu daripada peminat kepada seorang artis. Mereka meminati saya.
"Saya bukan saja dapat mengumpul semula peminat-peminat lama daripada zaman kegemilangan Visa dulu bahkan dapat juga peminat baru yang masih muda.
"Semoga mereka terhibur dengan kemas kini akaun Instagram yang banyak dibantu oleh syarikat pengurusan saya," katanya kepada Gempak.
Di antara kiriman mesej yang diterima Sham setiap hari, pelantun lagu Untukmu Selamanya itu bersyukur tidak dicemari dengan mesej yang kotor.
"Tidak ada mesej yang bukan-bukan dan syarikat pengurusan saya sentiasa menyelia kandungan yang dihantar kepada saya.
"Jelas sekali media sosial bukan bidang saya dan saya masih belajar perkara baharu," tambahnya.
Kemunculan semula Sham di pentas GV2019 mencuri perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip karakter popular Marvel, Tony Stark.
Selepas 15 tahun menyepi daripada industri seni, ternyata saham Sham semakin melonjak naik dengan aura yang tersendiri.
Sumber : Astro Gempak
loading...