Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

“Sakit Saraf & Terpaksa Guna Kerusi Roda, Rupanya Dia…” – Tak Tahan Sebak, Azhan Rani Menangis Jumpa Guru Lama


Pelakon, Azhan Rani tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bertemu dengan gurunya lama, Cikgu Norhayati, 58, di Sekolah Rendah Kebangsaan Satu, Kuala Kubu Baru.
 
Menurut Azhan Rani, gurunya itu kini menghidap penyakit saraf dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
 
Azhan berkongsi momen sedih itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
 
Entri tersebut juga disertakan dengan foto yang merakamkan Azhan sedang menangis di pangkuan gurunya yang duduk di atas kerusi roda.
 
“Hari ini telemovie #sesekali dari @unitdramatvrtm berlokasi di sekolah lama aku. #sekolahrendahkebangsaansatu #kualakububharu.
 
“Awal tahun 80 dulu aku kat sini dari kelas 1 putih sampai kelas 6 putih di sini. Aku tak ada scene kat sini. Saja datang nak jenguk sekolah lama.
 
“Rezeki hari ni kebetulan aku jumpa cikgu muzik aku. Aku sendiri tak sangka dia masih mengajar di sini... #cikgunorhayati 58.
 
“Sekarang dia ada sakit saraf dan terpaksa guna kerusi roda. Rupanya dia memang tunggu aku. Allahuakbar Allah saja tau perasaan aku bila cikgu ni masih tunggu aku.
 
“Aku bukanlah student favourite dia dulu. Aku malas, aku nakal masa tu, aku pernah kena ketuk dengan recorder sebab aku tak pandai main recorder dulu.

“Tapi hari ni aku nak ucap terima kasih dengan dia kerana dia aku di sini hari ni. Kalau tak kerana teguran dia cabaran dia aku sendiri tak tau aku jadi apa sekarang.
 
“Walaupun hari ini katanya aku jadi kebanggaan dia dan sekolah ni. Hakikatnya ilmu aku masih tak lengkap. Aku masih lagi si bodoh yang cetek ilmunya.
 
“Dan aku masih si degil yang tak akan berputus asa dengan jalanku. Cikgu terima kasih atas ilmu dan kasih sayangmu.
 
“Minggu depan dia nak bersara katanya… Semoga Allah gandakan rahmat atas budi dan jasamu mendidik kami guruku,” tulisnya.

View this post on Instagram
hari ini telemovie #sesekali dari @unitdramatvrtm berlokasi di sekolah lama aku.. #sekolahrendahkebangsaansatu #kualakububharu.. awal tahun 80 dulu aku kat sini dari kelas 1 putih sampai kelas 6 putih di sini.. aku takde scene kat sini.. saja datang nak jenguk sekolah lama.. rezeki hari ni kebetulan aku jumpa cikgu muzik aku.. aku sendiri tak sangka dia masih mengajar di sini.. #cikgunorhayati 58 . sekarang dia ada sakit saraf dan terpaksa guna kerusi roda. rupanya dia memang tunggu aku.. Allahuakbar Allah saja tau perasaan aku bila cikgu ni masih tunggu aku. aku bukanlah student favourite dia dulu. aku malas, aku nakal masa tu, aku pernah kena ketuk dengan recorder sebab aku tak pandai main recorder dulu.. tapi hari ni aku nak ucap terima kasih dengan dia kerana dia aku di sini hari ni. kalau tak kerana teguran dia cabaran dia aku sendiri tak tau aku jadi apa sekarang. walaupun hari ini katanya aku jadi kebanggaan dia dan sekolah ni.. hakikatnya ilmu aku masih tak lengkap. aku masih lagi si bodoh yang cetek ilmunya.. dan aku masih si degil yang tak akan berputus asa dengan jalanku. cikgu terima kasih atas ilmu dan kasih sayangmu. minggu depan dia nak bersara katanya.. semoga Allah gandakan rahmat atas budi dan jasamu mendidik kami guruku ❤️🙏🙏
A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on


Sumber : Astro Gempak
loading...