Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

"Saya Akan Buat Comeback Yang Ada Kaitan Dengan..." - Zain Saidin


Pelakon dan suami kepada Rozita Che Wan, Zain Saidin akan membuat 'comeback' di dalam industri hiburan tidak lama lagi.

Menerusi laporan H Live, Zain mengatakan dia sedang merancang untuk tampil dengan sesuatu yang baru buat peminatnya.

"Dari segi lakonan, bukannya saya tak mahu berlakon, tapi saya tidak menerima tawaran yang banyak seperti dahulu.

"Namun begitu, saya sedang merancang untuk membuat 'comeback' tidak lama lagi, buat masa ini saya tak boleh cakap lebih mengenai perkara itu.

"Apa yang boleh saya katakan, ia mempunyai kaitan dengan muzik," ujarnya.

Sumber : Astro Gempak
loading...