- Get link
- X
- Other Apps
Nampaknya demam Nur 2 belum habis lagi. Bukan netizen di kalangan rakyat biasa saja yang terjebak sama menonton drama yang merupakan susulan dari Nur yang ditayangkan tahun lepas.
Seorang Peguambela & Peguamcara telah memberikan ulasannya menerusi status yang telah dimuat naik olehnya.
Disebabkan faktor rakan sebaya, maka aku pun terjebaklah tengok episod akhir drama Nur 2 tu. Macam ni la yer pada pengamatan kaca mata rabun rabun ayam aku pasal cerita ni.
1. Peguambela Adam yang tiba-tiba buat muka serba salah bagitau Nur dia tak boleh lagi mewakili Adam yang dituduh rogol Juwita tu semata-mata laporan perubatan dah keluar yang dinyatakan ada kesan air mani si Adam tu atas katil dan berlaku 'penile insertion' atau kemasukkan zakar Adam dalam vagina Juwita tu propa je dik. Tak pernah lagi aku dengar hanya sebab ada laporan hospital maka peguambela terus terpaksa tarik diri.
Kes rogol ni selain dari ada kemasukkan zakar dalam vagina, elemen ketidakrelaan pun kena dibuktikan kat mahkamah. Jadi takdala seorang peguambela tu sampai bengap sangat sampai terus rasa laporan dari hospital tu bersifat "absolute".
Lainlah kalau si Juwita tu bawah 16 tahun, so rela ke tak rela kalau dibuktikan ada berlaku hubungan seks, maka Adam tu bersedialah jadi makanan anak anak ikan kat penjara Sungai Buloh tu nanti.
2. Isteri Madi tu lepas dah tikam laki dia sebab dia cuba nak rogol cucu Makcik Petir tu mungkin dituduh atas dakwaan membunuh, tu pun kalau Madi si nafsu kuda belang tu mampos la. Tapi dia boleh kemukakan pembelaan 'self-defence' di mahkamah masa hari perbicaraan sebab nak mempertahankan si pompuan tu.
Tapi pembelaan 'self-defence' ni pulak hadek hadek hanya terpakai kalau tindakan itu 'proportionate' atau berpatutan dengan perbuatan jenayah tu yer.
Maknanya kalau orang tu nak tampar tetek kau, takdala sampai kau boleh amek pisau toreh2 testicles mamat tu.
3. Yang terakhir ni paling penting. Dengar sini elok elok!
Sekalipun dibuktikan Adam sebenarnya tak rogol Juwita dan Juwita yang sebenarnya masukkan dadah dalam kopi si Adam tu sampai mencanak canak nafsu dia tengok si Juwita tu dalam pengaruh dadah sampailah meleleh leleh air mani Adam tu atas katil sambil Juwita meronta ronta kepuasan, Juwita tidak boleh sama sekali didakwa apatah lagi disabitkan dengan dakwaan merogol si Adam tu.
Rogol mengikut Kanun Keseksaan hanya terpakai bila terdapat zakar yang dimasukkan dalam vagina tanpa rela si perempuan tu. Tapi kalau Juwita sendiri yang gatal berair masukkan zakar Adam dalam vagina dia tanpa Adam sedar, itu bukan rogol.
Itu serangan seksual.
Sebab apa? Sebab untuk dibuktikan Juwita merogol, pendakwaan kena buktikan Juwita tu sebenarnya pada hakikatnya adalah seorang lelaki berzakar!
Jadi aku rasa silap besar pengarah cerita ni bila dia nak buat plot twist kononnya di akhir cerita tu perogol sebenarnya adalah bukan Adam tapi Juwita lahanat tu sendiri.
Lainlah plot twist dia sebenarnya Juwita tu ekceli wanita berloceng macam Viviana dan Adam tu sebenarnya pengkid bertobat yang beralat kelaminkan vagina.
Tunggulah kot pengarah dia nak buat macam tu nanti dalam Nur 3 pulak. Jangan sampai aku yang pergi casting untuk berlakon watak Nur tu yer. Awas!
Sumber : FB Alan Azlan
loading...