Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Datin Shahida Isteri Datuk Seri Aliff Syukri Tidak Layan Tik Tok??


Umum mengetahui tentang kegemaran Datuk Seri Aliff Syukri yang suka memuatnaik gambar dan video beliau di laman media sosial. Datuk Seri Aliff gemar juga merakamkan aksinya di aplikasi Tik Tok. Meskipun sering mendapat kecaman di media sosial, tetapi Datuk Seri Aliff Syukri tetap juga meneruskan memuatnaik gambar serta video beliau.

Namun begitu, tidak semua gambar dan video beliau dikecam, ada juga yang dipuji netizen. Kita semua sedia maklum, Datuk Seri Aliff merupakan jutawan kosmetik dan juga ahli perniagaan. Di samping memuatnaik kehidupan peribadinya, Datuk Seri Aliff juga mempromosikan produk-produk terkini beliau serta aktiviti perniagaannya.

Ada satu video yang menarik perhatian kami baru-baru ini. Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video Tik Tok nya bersama isteri tercinta, Datin Seri Shahida. Bagi kami, pasangan ini sangat " sweet" dilihat bersama. Datin Shahida dalam video tersebut, nampaknya enggan melakukan aksi di Tik Tok berbanding Datuk Seri Aliff yang beria-ia menarik isterinya untuk sama-sama bermain video Tik Tok.

Dalam status Datuk Seri Aliff, beliau seolah hairan isterinya tidak sukakan Tik Tok. Jom, kita tengok video Tik Tok yang dirakamkan oleh Datuk Seri Aliff ini.




Sumber : IG Datuk Seri Aliff Syukri
loading...