Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

“Nasib Baik Dia Ok Dengan Makanan Anak-Anak Aku”- Izzue Islam Dipuji Kerana Beri Anjing Makan & Minum


Tindakan penyanyi dan pelakon, Izzue Islam memberi minum dan makan kepada anjing mendapat perhatian peminat.
Izzue memuat naik video di Insagram (IG) menunjukkan dia dan isteri, Awin memberi minum dan makan kepada anjing yang kelihatan kehausan dan kelaparan di hadapan rumahya.
Anak seni kelahiran Kelantan itu akui simpati dengan nasib anjing tersebut dan hanya mahu membantu.
“Cuaca sekarang panas, dugaan bukan untuk kita je, tapi seluruh makhluk alam 

“Anjing ni lepak bawah kete, rasanya sebab panas sangat dan lapar. Nasib baik dia ok dgn makanan anak-anak aku,”
 tulisnya.
Menerusi video tersebut, Izzue hanya memberi makanan kering milik kucingnya kepada anjing tersebut dan tidak menyangka haiwan tersebut makan dalam keadaan kelaparan.
Rata-rata memuji sikap terpuji Izzue dan isteri dan harap ia dapat menjadi contoh terbaik buat semua
Sumber : Gempak
loading...