- Get link
- X
- Other Apps
Sheila Rusly mengesahkan bahawa program Ketuk Ketuk Ramadhan kali ini merupakan musim terakhir.
Sheila mengatakan, program tersebut sudah terlalu lama dan sampai masanya untuk melabuhkan tirai.
" Insya Allah, ya ini yang terakhir, kalau tidak berhenti sekarang bila lagi nak berhenti?"
" Buat masa ini belum ada perancangan lain, kalau tidak nanti saya beritahu," ujarnya kepada sumber Mstar Online.
Ketuk Ketuk Ramadhan disiarkan setiap kali bulan Ramadhan pada pukul 12.30 tengahari di TV1.
Program masakan tersebut menampilkan artis popular dan sensasi pada setiap episod.
Dalam pada itu, Sheila menafikan rating kurang memuaskan antara faktor beliau menamatkan program tersebut.
" Rating jatuh? Tidaklah. Mungkin sudah sampai masa saya berhenti," katanya.
Sumber : Mstar
loading...