Skip to main content

Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Ibu Dedah Fasha Sandha, Aidil Aziz Nikah 30 Mac ini


Ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man mendedahkan anaknya itu bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan, Aidil Aziz pada 30 Mac ini (Sabtu). 
Perkara itu dikongsikan Hatijah melalui status dalam laman Instagram sebentar tadi. 

"Sebelum menjelangnya lusa (30 Mac), bersempena anakku akan bergelar isteri kepada Aidil. Mama ucapkan agar berbahagia hidupmu anak sehingga ke Jannah. 
"Mama mendoakan agar Aidil dapat memberi kasih sayang kepadamu terutama kepada cucu-cucu mama sehingga ke hujung nyawa dengan seikhlas hatinya," tulisnya. 
Fasha sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinannya dengan Aidil, 32, namun hanya memberitahu pernikahan mereka akan berlangsung pada hujung bulan Mac. 
Difahamkan, pernikahan tersebut bakal berlangsung di kampung halamannya di Perlis.
Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 35, dan Aidil mengikat tali pertunangan pada 18 November lalu di Ampang, Selangor.
Bintang drama Syurga Yang Kedua itu pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 6, dan Putri Raysha Jemyma, 5. 
Sumber : Kosmo!
loading...