- Get link
- X
- Other Apps
MINGGU lalu, kita menyaksikan bakal pasangan mempelai, Fasha Sandha dan Aidil Aziz mendedahkan buat kali pertama foto pra-perkahwinan mereka bertemakan warna putih yang sinonim buat bakal pengantin.
Hari ini, Fasha dilihat sekali lagi memuat turun di dalam laman sosialnya dengan mendedahkan secara terperinci gaun yang begitu elegan untuk dicuba sebelum hari persandingannya milik pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Tidak boleh disangkal lagi, Rizman Ruzaini yang memang terkenal sebagai pereka fesyen dan sudah menghasilkan banyak gaun pengantin turut menjadi idaman kepada setiap wanita untuk merasai hasil rekaannya.
Seperti yang dilihat dalam beberapa keping gambar dikongsi Fasha, kemasan jahitannya begitu sempurna, rekaannya kemas dan anggun, dilengkapi dengan sentuhan warna tepat yang mampu menaikkan seri pengantin.
Mungkinkah ini busana gaun terbaik untuk Fasha sarungkan sempena majlis perkahwinannya yang tinggal beberapa hari lagi?
Melihatkan foto gaun yang begitu terperinci butirannya selain foto pra-perkahwinannya dengan menggunakan HUAWEI P30 Series, jelas bahawa revolusi keupayaan ‘zooming’ boleh diperoleh daripada jenama HUAWEI itu sendiri.
Sebelum ini, HUAWEI memperkenalkan HUAWEI P20 Series dan HUAWEI Mate 20 Pro yang disahkan sebagai telefon pintar pilihan ramai oleh DxOMark dengan 109 mata.
Tinggal sehari saja sebelum pelancaran HUAWEI P30 Series di Paris, sekali gus mengesahkan bahawa inovasi keupayaan ‘zooming’ dengan jelas itu boleh diperoleh pada telefon pintar berkenaan.
Bertemakan ‘Rewrite the Rules’, pada pelancaran berkenaan ia akan mendedahkan lebih banyak kelebihan yang anda tidak jangka pada telefon pintar ini.
Ikuti pautan di bawah untuk menyaksikan secara langsung pelancaran global Huawei P30 dari Paris, jam 2 petang (GMT+1) waktu tempatan.
HUAWEI YouTube @ Huawei Mobile
HUAWEI Facebook @ Huawei Mobile
HUAWEI Twitter @ Huawei Mobile
Sumber : Berita Harian
loading...