Sidang Akhbar Desak Sheila Majid Letak Jawatan

Elfira Loy Sanggup Buat Apa Saja Asalkan Bella Dally Bahagia



Siapa yang tidak teruja jika sahabat baik berkahwin bukan? Sebagai sahabat sejati, pastinya kita akan gembira melihat sahabat kita gembira. Kita juga sanggup lakukan apa sahaja untuk mereka sebagai tanda penghargaan.

Begitu juga Elfira Loy yang merupakan seorang pelakon sanggup membuat kejutan untuk sahabatnya, Bella Dally.  Bella Dally terharu dengan kejutan yang telah dibuat oleh Elfira itu. Kejutan itu dibuat sempena meraikan Bella Dally yang bakal berkahwin tidak lama lagi.

Wah, untung Bella Dally dapat rakan seperti Elfira. Meskipun kecil-kecilan sahaja tetapi tetap bermakna, bukan!

Lihatlah, antara status di Instagram mereka yang nyata menunjukkan kemesraan mereka sebagai teman sejati. Kami di Hot Instagram mendoakan supaya urusan Bella Dally dan bakal suami berjalan lancar. Manakala Elfira, terus berbahagia di samping suami tercinta.

Sedikit info, Bella Dally merupakan bekas isteri kepada pelakon, Nazim Othman. Mereka berkahwin pada tahun 2016 dan berpisah pada tahun lalu. Status Nazim Othman kini masih tidak diketahui tetapi kita harapkan masing-masing menemui kebahagiaan masing-masing.





Sumber : IG Bella Dally , IG Elfira Loy
loading...